Dalam aktiviti ini, pelajar akan menghasilkan Keynote bertajuk Roda Masa Kemerdekaan, yang menggunakan ciri Animated Scroll Wheel atau Animasi Roda Tatal, dalam Keynote untuk mempersembahkan peristiwa-peristiwa penting menuju kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Aktiviti ini sesuai dilakukan oleh Guru Sejarah untuk sesi ulangkaji (recap) supaya memudahkan pelajar untuk mengingati sekaligus memahami tarikh-tarikh penting di dalam mata pelajaran Sejarah.
Disamping animasi roda tatal, aktiviti ini juga menggunakan ciri-ciri peralihan (transition) serta animasi "Move" dan "Wipe" untuk memperkenalkan subjek Sejarah kepada pelajar.
Lihat contoh dibawah.
Apabila roda ditatal melalui peralihan slaid, satu tahun atau tarikh akan muncul dalam ruang pilihan. Pada masa yang sama, ciri 'Record Audio' akan digunakan untuk memberikan penerangan tentang peristiwa sejarah bagi memaparkan peristiwa, visual berkaitan dan kepentingannya.
Contoh dibawah menggunakan peristiwa dan tarikh/tahun "Bilakah tarikh bendera Union Jack diturunkan di Padang Bandar Hilir Melaka?
Dengan mengunakan ciri Animated Scroll Wheel atau Animasi Roda Tatal ini, pelajar bukan sekadar dapat menggunakan Keynote untuk sesi latih tubi (Recap), tetapi mereka menyusun peristiwa, menjelaskan hubungannya dan menghargai usaha pemimpin serta rakyat dalam mencapai kemerdekaan dengan lebih efektif.
Maklumat Pelajaran
Mata pelajaran: Sejarah
Tahun: Tahun 5
Tema: Kedaulatan Negara
Tajuk: Perjuangan Kemerdekaan Negara
Unit Utama: Unit 6: Sejarah Kemerdekaan
Tempoh Masa: 60 minit
Aplikasi: Keynote
Penjajaran DSKP
Standard Kandungan:
7.3: Sejarah Kemerdekaan 1957
Standard Pembelajaran dan fokus aktiviti:
7.3.2 Mengenal pasti dan menjelaskan usaha menuju kemerdekaan
7.3.3 Menerangkan urutan peristiwa sekitar pengisytiharan kemerdekaan
Kemahiran Pemikiran Sejarah:
- Memahami kronologi.
- Meneroka bukti melalui teks dan gambar.
- Membuat interpretasi berdasarkan sumber.
- Menjelaskan kepentingan sesuatu peristiwa.
- Menghayati perjuangan masyarakat terdahulu.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir aktiviti, pelajar dapat:
- Menyusun tujuh tarikh dan tahun bersejarah mengikut urutan yang betul.
- Memadankan sekurang-kurangnya lima daripada tujuh tarikh dengan peristiwa yang tepat.
- Menerangkan kepentingan sekurang-kurangnya dua peristiwa menuju kemerdekaan.
- Menghasilkan animasi roda tatal menggunakan Image, Shapes, Group, Duplicate Slide dan Magic Move.
Bahan dan Persediaan
- Keynote iPad/Mac
- Gambar sejarah yang dibenarkan untuk kegunaan kelas atau ilustrasi asal.
Sesi 1: Menyusun Sejarah dan Membina Roda Animasi.
Langkah 1: Libat Urus — 10 minit
Perkenalkan cabaran:
“Bagaimanakah kita boleh menggunakan roda tatal beranimasi untuk membantu orang lain memahami perjalanan menuju kemerdekaan?”
Paparkan gambar rombongan kemerdekaan dan tarikh 30 Ogos 1957.
Tanya:
- “Apakah yang berlaku pada tarikh ini?”
- “Adakah Persekutuan Tanah Melayu sudah merdeka ketika itu?”
- “Apakah perbezaannya dengan 31 Ogos 1957?”
Terangkan bahawa tarikh yang hampir berkaitan boleh merujuk kepada peristiwa yang berbeza.
Langkah 2: Perancangan Kandungan — 15 minit
Setiap kumpulan melengkapkan buku tugasan:
Melihat pada Tarikh. Apakah yang berlaku? Mengapakah penting?
Hadkan penerangan pada setiap keadaan roda kepada dua atau tiga ayat pendek.
Pelajar memilih visual yang benar-benar berkaitan dengan peristiwa. Gambar ilustrasi hendaklah dikenal pasti sebagai ilustrasi, bukan bukti fotografi sebenar.
Langkah 3: Membina Prototaip — 20 minit
Guru menunjukkan cara membina roda. Pelajar menghasilkan dua keadaan pertama dan menguji satu peralihan Magic Move.
Tutorial Keynote: Membina Roda Masa Kemerdekaan
Langkah 1: Sediakan Susun Atur
- Buka Keynote dan pilih slaid kosong bersaiz skrin lebar. Background: Hitam/Putih.
- Tambah tajuk Sejarah Kemerdekaan.
- Gunakan visual yang bersesuaian supaya pelajar mudah untuk memahami konteks soalan mengikut peristiwa Sejarah.
Langkah 2: Lengkapkan Peristiwa Sejarah
- Masukkan soalan/maklumat peristiwa yang sesuai dan sepadan dengan tarikh yang sesuai mengikut peristiwa Sejarah. Bahagikan ruang slaid mengikut:
- Tengah: Roda Tahun atau Tarikh: Hari, Bulan dan Tahun.
- Atas: Soalan berkenaan Peristiwa, visual penting untuk konteks dan penerangan.
- Bawah: Subjek dan Modul
- Latar: Visual (Yang Bersesuaian)
Contoh Soalan/Maklumat Peristiwa:
"Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Darurat turut diisytiharkan pada tahun ini akibat ancaman komunis." Tahun berapakah yang dimaksudkan?
Kemudian, sediakan susulan jawapan yang sesuai kepada soalan yang telah diberikan.
Pelajar boleh juga menyediakan soalan seterusnya menggunakan peristiwa sejarah penting yang berlaku mengikut kandungan subjek. Lihat buku Teks (jika perlu).
Langkah 2: Slaid Pertama - Animasi Roda Tatal
Pelajar boleh rujuk langkah dibawah untuk menghasilkan slaid pertama untuk menyediakan ciri Animated Scroll Wheel atau Animasi Roda Tatal. Fungsi layering 'arrangement' amat penting untuk digunakan pada slaid pertama.
Setelah disusunkan angka tahun, sesuaikan posisi angka tahun dan lakukan seperti berikut:
Langkah 3: Gandakan Slaid Pertama
- Gandakan slaid pertama untuk soalan/maklumat peristiwa yang lain. Lihat Contoh dibawah:
Langkah 4: Gunakan Magic Move
- Rujuk video diatas untuk langkah 7. Pertama, Pilih slaid pertama.
- Tambah peralihan Magic Move.
- Mulakan dengan tempoh kira-kira satu saat.
- Tetapkan kemajuan slaid secara manual.
- Mainkan persembahan untuk menguji pergerakan.
Kad tarikh sepatutnya bergerak melalui ruang pilihan sementara bingkai kekal di tempatnya.
Sesi 2: Menguji, Membentang dan Menilai
Langkah 1: Mengimbas Kembali — 5 minit
Pelajar memaparkan dua tarikh secara rawak.
Pelajar menyatakan:
- Peristiwa yang berkaitan.
- Tarikh yang berlaku dahulu.
- Bukti daripada sumber.
Langkah 2: Pembentangan Roda Masa — 20 minit
Kumpulan pelajar akan membentangkan hasil kepada kumpulan lain dari hasil Keynote.
Bagi setiap peristiwa, pembentang menggunakan rangka ayat:
“Pada …, berlaku … . Peristiwa ini penting kerana … .”
Contoh:
“Pada 20 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan dalam sambutan di Melaka. Peristiwa ini penting kerana rakyat dimaklumkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.”
Kumpulan pendengar mengemukakan satu soalan:
“Bagaimanakah peristiwa ini berkaitan dengan usaha mencapai kemerdekaan?”
Mengapa Pelajaran Ini Bermakna?
Roda tatal memberi tumpuan kepada satu tarikh pada satu masa, manakala urutan slaid membantu pelajar mengikuti perjalanan sejarah.
Gabungan tarikh, peristiwa, visual dan penerangan membolehkan pelajar memahami bahawa kemerdekaan dicapai melalui pelbagai usaha. Aktiviti ini turut menggalakkan mereka menyemak sumber, berkomunikasi dengan jelas dan menghargai permuafakatan.
"Bagaimanakah pelajar boleh menggunakan animasi untuk membantu orang lain memahami sejarah, bukan sekadar mengingati tarikhnya?"
November 02, 2026 .
English
This action is unavailable while under moderation.
This action is unavailable while under moderation.