Lesson Design for Math Year 2 (Malaysian Curriculum) - BENTUK 2 DIMENSI

Lesson Design dihasilkan berdasarkan Model Pembelajaran 5E untuk subjek Matematik Tahun 2, Topik Bentuk 2 Dimensi di bawah Tajuk Ruang. Guru-guru boleh terus menggunakannya atau mengolah kandungan mengikut kesesuaian sendiri.

Tajuk: 7.0 Ruang (SUKATAN & GEOMETRI)

Standard Kandungan: 7.2 Bentuk Dua Dimensi

Standard Pembelajaran: 7.2.1 Mengenalpasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya

Umur murid: 8 tahun (Tahun 2)

ENGAGE

SET INDUKSI - Guru memainkan video animasi pendek sebuah bandar di waktu malam dan bertanyakan beberapa soalan kepada murid.


EXPLORE

AKTIVITI 1 - Guru menunjukkan beberapa gambar objek dalam kehidupan seharian dan bertanya beberapa soalan.

AKTIVITI 2 - Murid menggunakan aplikasi Camera di iPad untuk mengambil gambar objek-objek di dalam kelas yang boleh dikenalpasti bentuknya dan menggunakan aplikasi Photos untuk menandakan objek-objek tersebut.

AKTIVITI 3 - Guru memberikan kertas kerja dalam aplikasi Pages. Murid perlu memadankan ciri-ciri dengan bentuk yang betul.

 

EXPLAIN

AKTIVITI 4 - Guru memainkan video animasi bentuk dan ciri-cirinya. Guru kemudiannya memainkan satu video pendek yang memaparkan beberapa bentuk 2D yang telah dipusingkan dan bertanya murid jika bentuk-bentuk tersebut masih bentuk yang sama.


ELABORATE

AKTIVITI 5 - Murid mencipta bentuk-bentuk baru menggunakan bentuk-bentuk 2D yang telah dipelajari di dalam kertas kerja Pages. Contoh hasil-hasil murid adalah seperti yang berikut: 


EVALUATE

Guru memberikan beberapa soalan berbentuk seperti teka teki untuk menguji kefahaman murid.







 

Attachments

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.