Di Mana-Mana Ada Kanvas: Meneroka Rupa Menggunakan iPad

Deskripsi

Dalam aktiviti ini, murid akan beralih daripada sekadar memerhati seni kepada menjadi pencipta digital. Dengan menggunakan pendekatan 'Di Mana-Mana Ada Kanvas', murid akan menggunakan iPad mereka untuk mengesan, melakar dan mengubah suai Rupa di sekeliling mereka.

Eksplorasi ini merangkumi:

  • Rupa Geometri – Rupa buatan manusia yang mempunyai ukuran matematik yang tetap dan sempadan yang jelas seperti bulatan, segi empat sama dan segi tiga.
  • Rupa Organik – Rupa bebas dan tidak sekata yang lazim ditemui dalam alam semula jadi seperti daun, awan dan batu yang tidak terikat dengan peraturan matematik yang ketat.

Subjek

Pendidikan Seni Visual (PSV)

Tahap

Sekolah Menengah (Menengah Rendah)

Tema

Alam Semula Jadi dan Objek Buatan Manusia

Tajuk

Tajuk 3: Rupa

Bidang Fokus

Persepsi Seni, Eksplorasi Seni dan Ekspresi Seni

Elemen Merentas Kurikulum

  • Kreativiti dan Inovasi
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
  • Sains dan Teknologi

Objektif Pembelajaran

Murid akan dapat:

  • Mengenal pasti Rupa Geometri dan Rupa Organik di sekitar sekolah melalui fotografi.
  • Membina semula objek dunia sebenar (bangunan sekolah) menggunakan bentuk-bentuk geometri.
  • Mereka bentuk semula bangunan sekolah dengan menggabungkan bentuk geometri dan unsur alam secara kreatif.

Soalan Pencetus Idea

Sebagai guru, kita sentiasa dikelilingi oleh pelbagai bentuk dan rupa — daripada garisan lurus dan tepat pada bangunan sekolah hinggalah kepada bentuk organik yang mengalir secara semula jadi di persekitaran sekolah. Namun, murid sering terlepas pandang keindahan ini dalam perjalanan harian mereka.

Bagaimanakah kita boleh menukarkan pemerhatian harian ini kepada peluang untuk reka bentuk digital yang aktif dan bermakna?

Aliran Pembelajaran

Fasa 1: Misi Memburu Rupa

Aplikasi: Kamera & Freeform

Aktiviti:

Murid bergerak di sekitar kawasan sekolah untuk mengambil gambar elemen struktur bangunan seperti tiang, tingkap, tangga dan bumbung. Mereka mengenal pasti:

  • Struktur buatan manusia yang mempunyai sempadan matematik yang jelas (segi empat tepat, segi tiga, grid).
  • Bentuk semula jadi yang bebas dan tidak sekata seperti corak bayang-bayang, daun atau elemen alam yang lain. 

Tindakan:

  1. Murid memuatkan gambar ke dalam papan Freeform dan menggunakan Apple Pencil atau alat lukisan untuk melakar bentuk yang ditemui. 
  2. Mereka kemudian melabelkan setiap bentuk sebagai Rupa Geometri atau Rupa Organik
Screenshot of a building with labels and geometrical outlines
Tangkapan skrin bangunan berserta label dan lakaran geometri

Fasa 2: Menguasai Ruang

Aplikasi: Keynote

Aktiviti:

Murid menukarkan foto bangunan kepada ilustrasi geometri yang lebih ringkas. 

Tindakan:

  1. Menggunakan Shapes Library dalam Keynote untuk membina semula struktur asas bangunan.
  2. Menindihkan bentuk-bentuk geometri seperti segi empat tepat, segi tiga dan lengkungan pada imej bangunan.
  3. Menggunakan fungsi Combine Shapes (Unite, Intersect, Subtract, Exclude) atau Break Apart untuk menghasilkan bentuk yang lebih kompleks.
  4. Mempermudahkan butiran yang tidak penting dan memberi fokus kepada struktur utama.
  5. Menyembunyikan atau membuang foto asal dan mempersembahkan hasil binaan semula geometri mereka. 
Tindanan dua bentuk geometri sebelum menggunakan fungsi Combine Shapes


Kombinasi rupa geometri selepas membuang gambar bangunan sekolah

Fasa 3: Bayangkan Semula Bangunan Anda

Aplikasi: Keynote

Aktiviti:

Murid menghias karya mereka dengan menggabungkan rupa geometri dan rupa organik. 

Tindakan:

  1. Menyempurnakan reka bentuk bangunan menggunakan blok-blok geometri yang kemas.
  2. Menambah unsur rupa organik seperti pokok, awan, tumbuhan menjalar atau ombak daripada Shapes Library dalam Keynote untuk mewujudkan komposisi yang lebih seimbang dan harmoni.
  3. Menggunakan animasi dalam Keynote untuk menunjukkan pergerakan dan integrasi bentuk-bentuk tersebut, sekali gus menghidupkan idea reka bentuk mereka.
  4. Mengeskport animasi tersebut kepada format Movie

Hasil Kerja Murid

Setiap murid menghantar:

  • Satu dokumen Pages yang mengandungi tangkapan skrin sekolah mereka berserta lakaran dan label di Freeform, serta satu video animasi sekolah mereka.



 

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.